Motor Honda EX-5 second hand yang telah dibeli oleh saya pada tahun 2002, kini telah bertukar tangan kepada pemilik yang baru.
Masih teringat ketika saya sangat teringin untuk memiliki sebuah motosikal sendiri selepas menerima tunggakan biasiswa JPA yang agak banyak pada tahun 2002. Saya meninjau-ninjau di kedai-kedai motor di Parit Buntar dengan menaiki basikal mini. Memang niat nak cari sebuah motosikal terpakai yang agak-agak elok untuk dibeli, kerana pada waktu itu saya hampir tamat pengajian di Kampus Asasi Pengajian Islam Nilam Puri, dan akan bertukar ke Main Camp Universiti Malaya Kuala Lumpur. Oleh yang demikian saya terfikir, kalau dah ada motor senang saya nak bergerak nanti.
Setelah memaklumkan kepada abah, dan membawa abah ke kedai motor tersebut, dan abah pun test ride, puas hati..motor itu pun dibeli dengan pendahuluan separuh harga cash, dan abah setuju sambung tiap-tiap bulan selama beberapa kali bayaran.
Masih teringat...
- Taukey kedai motor bagitau.."lu misti isi minyak dulu tau, ini motor ada sikit minyak saja"..Selepas isi minyak di Shell, kerasa seronok sangat, saya lupa nak tutup penutup tangki.Sampai rumah baru sedar..hehe.
- Sewaktu saya di Nilam Puri, abah yang pakai moto ni. Tiap-tiap hari saya merindui motor, dan tak sabar nak balik bila cuti.
- Suatu masa, saya berurusan dengan PTPTN di KL, dan balik dari KL ke Perak. Sampai awal pagi, tak sabar nak tunggu pagi untuk naik moto. Kesudahnya, saya telah menunggang motosikal itu di sebuah kawasan perumahan dalam pembinaan, dan terlanggar kabel sebesar lengan, lalu tergolek dan motor pun rosak di sana sini. Pulang ke rumah dengan luka-luka, kena marah dengan abah sebelum dibawa ke klinik swasta. Abah tengok motor yang dah senget tu, siap cakap nak jual.Tapi tak jual pun..dia jugak yang bikin kasi baik semula. Parut eksiden masih ada di bahu, siku, dan pinggang saya sampai sekarang.
- Kadang-kadang saya membawa diri menaiki motor ini ke tepian pantai yang dikenali sebagai Ban Pecah di Tanjung Piandang..pemandangannya sangat indah.
- Bila balik cuti, rajin saja nak ke rumah arwah nenek di Bagan Serai. Bila sampai di rumah nenek, dia akan jenguk dari tingkap seraya berkata dalam loghat Banjar.. "uhhh kau leh Asrapai.." (maksudnya, oh, ngkau ye Asrap..). Balik rumah nanti nenek bagi telur ayam kampung.
- Pernah naik motor ni dengan mak dari Parit Buntar ke Taiping, sebab nak melawat adik di sebuah sekolah berasrama di sana. Time nak ambik kona baring je, badan mak jadi keras...hehehe.
- Motor ni banyak kali naik keretapi untuk dibawa ke Kuala Lumpur. Waktu cuti balik semula ke Perak.
- Masa di KL, saya banyak belajar jalanraya dan lebuhraya di KL naik motor ni. Dulu siap konvoi ramai-ramai dari UM ke Kajang, makan sate..bontot naik kematu takda hal punya. Sekarang nak pi kedai pun naik kereta, maklumlah bontot dah besar..hehehe.
- Ehem..ehem, motor ADK ni lah saya lenjan dari KL ke Putrajaya, nak ngorat wife saya.hehe..jangan marah..
- Pernah tak boncengkan wife (sebelum kahwin) naik motor ni yek? hehehe..nak ingat jap..
- Masa saya kerja sambilan di Putrajaya, kalau nak balik kampung, motor ni park di Hentian Duta, senang nak balik semula ke Putrajaya.
- Motor ni berhijrah ke Tanjung Malim selama 2 minggu lebih, sebab saya masuk UPSI untuk buat Diploma. Tapi saya quit sebab dapat kerja di JB, dan semenjak itu motor ini dijaga dengan rapi oleh abah..
- Banyak lagi kenangan bersamanya. Selepas ada anak, saya pernah menunggang bersama wife dan anak, bertiga..syoknya...
- 8 tahun bersama ADK 6747..terima kasih dan selamat tinggal..Pemilik baru, jaga baik-baik naa...
0 Ulasan:
Catat Ulasan